Posts

Showing posts from April, 2020

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

KEBAIKAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LUAR NEGARA (Buku Teks ms 65)                          Aktiviti lawatan sambil belajar ialah aktiviti luar kelas yang melibatkan murid dan guru mengunjungi sesuatu tempat dengan tujuan memperkukuh pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti ini menjadi semakin penting pada era globalisasi dengan sekolah menganjurkan program pertukaran murid yang membolehkan murid membuat lawatan sambil belajar ke luar negara. Sesungguhnya, aktiviti ini mendatangkan faedah yang tidak ternilai kepada murid-murid yang terlibat.                                            Faedah pertama aktiviti ini ialah murid mempelajari kemahiran mengurus...

Binaan Frasa Adjektif

Srikandi Sastera Negara (Buku Teks ms58) Binaan Frasa Adjektif Frasa    adjektif   boleh    terdiri    daripada   satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.  Contoh: Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat - sangat pandai sekali sudah - besar - masih - kecil amat Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif.  Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya: (i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan Binaan Satu Perkataan Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif  seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas, dan selainnya seperti contoh-contoh di bawah: 1. Pelayan kedai Pak Abu  rajin.   2. Kawan-kawan Ahmad c erdik.   3. Adiknya sangat...

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Petah Bicara (Buku Teks ms 56) Ringkasan: Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Isi-isi Penting:  1. Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) dianjurkan sejak tahun 2007. 2. bertaraf projek nasional dan merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan kementerian-kementerian lain. 3. Objektif utama ialah memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. 4. untuk melahirkan kebanggaan rakyat terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu antarabangsa 5. Kategori yang pernah ada ialah Kategori Antarabangsa, Kategori Alam Melayu dan Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia.

Hebatnya Bahasaku

Hebatnya Bahasaku(Buku Teks 55) Tajuk: Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa Bukti :  1.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, urusan perdagangan antara pedagang asing dan penduduk tempatan menggunakan bahasa Melayu. 2. Pada zaman ini, bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu yang termasuk Malaysia dan Indonesia. Usaha-usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu: 1. penubuhan Kursi Pengajian Melayu di negara Barat seperti Amerika Syarikat, New Zealand dan lain-lain. Di Asia,ditubuhkan di Universiti Pengajian Asing, Beijing, China. 2. Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan perbincangan diplomatik untuk  menubuhkan lebih banyak Kursi Pengajian Melayu di universiti tersohor di seluruh dunia. 3. mengadakan kerjasama dengan sekolah atau institusi pendidikan tinggi di luar negara, terutamanya dalam bidang penyelidikan, pendokumentasi maklumat dan penghantaran tenaga pengajar yang berkaitan dengan bahasa Melayu 4. memperkenalkan bahasa Melayu melalu...

Sayangi Bahasa Kita

Sayangi Bahasa Kita(Buku Teks ms54) Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan.  A pakah itu pencemaran bahasa?   Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.    Dengan erti kata lain penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma penggunaan sebenar bahasa tersebut dalam masyarakat penuturnya.   Kini, pencemaran bahasa Bahasa Melayu semakin berleluasa  dalam  kalangan anak-anak muda terutamanya pelajar.  Ini memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri dan yang paling ketara menyebabkan mutu bahasa merosot.     Antara ciri pencemaran bahasa  ialah : 1) Mengutamakan penggunaan bahasa asing atau bahasa ibunda. 2) Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu. 3) Kesalahan ejaan. 4) Pemilihan kosa kata yang kurang tepat. 5) Mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dan sebagainya.   Penggunaan Bahasa Melayu ...