Hebatnya Bahasaku
Hebatnya Bahasaku(Buku Teks 55)
Tajuk: Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa
Bukti :
1.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, urusan perdagangan antara pedagang asing dan penduduk tempatan menggunakan bahasa Melayu.
2. Pada zaman ini, bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu yang termasuk Malaysia dan Indonesia.
Usaha-usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu:
1. penubuhan Kursi Pengajian Melayu di negara Barat seperti Amerika Syarikat, New Zealand dan lain-lain. Di Asia,ditubuhkan di Universiti Pengajian Asing, Beijing, China.
2. Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan perbincangan diplomatik untuk menubuhkan lebih banyak Kursi Pengajian Melayu di universiti tersohor di seluruh dunia.
3. mengadakan kerjasama dengan sekolah atau institusi pendidikan tinggi di luar negara, terutamanya dalam bidang penyelidikan, pendokumentasi maklumat dan penghantaran tenaga pengajar yang berkaitan dengan bahasa Melayu
4. memperkenalkan bahasa Melayu melalui pembabitan negara ini dalam pergerakan dan persidangan antarabangsa
5. Kementerian Pendidikan Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka dan syarikat penerbitan di negara ini bekerjasama dalam membekalkan bahan bacaan dan rujukan, khususnya mengenai tamadun Melayu serta negara Malaysia ke masyarakat antarabangsa
6. mengeksport penerbitan filem televisyen tempatan yang menonjolkan bahasa Melayu dan budaya Malaysia kepada negara luar
7. membangunkan bahasa Melayu di alam siber seperti membina portal dan penerbitan elektronik, khususnya mengenai kebudayaan Melayu serta Malaysia
8. menawarkan biasiswa kepada pemenang pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah di universiti tempatan
Comments
Post a Comment