Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1: Bagaikan Mimpi
– Laiman dari Sabah, menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak – mengikuti bidang Kejuruteraan di universiti
– Di situ dia berkawan baik dengan Sukri – bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti
– Jika ada tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, Laiman tidak akan menerimanya dengan cepat
– Sukri hairan memikirkan sikap Laiman – kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat
– Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin
– pemuda itu belajar di universiti hingga tamat – membuka perniagaan kereta terpakai – ejen import eksport – mengusahakan hotel – menjadi jutawan
– Dalam bidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sebagai contoh
– Laiman tahu bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi, berjaya dalam hidup – pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri
– Laiman tertarik pada pekerjaan sedemikian – pada pandangan Laiman, orang yang berijazah atau tidak berijazah, akan maju jika bijak dan rajin berusaha – yang penting ialah bekerja kuat

Bab 2: Sesal
– Pengurus syarikat minyak tempat Laiman membuat latihan praktikal menyukai Laiman kerana kecekapannya
– Laiman tidak berbangga diri apabila dipuji
– Laiman akrab dengan gadis bernama Soniah 
– selepas makan di restoran, mereka berjalan-jalan ditemani adik sepupu Soniah – berbual-bual tentang :
  • tugas yang perlu disiapkan 
  • untung rugi syarikat 
  • perangai manusia yang suka saling menjatuhkan, walaupun kawan sendiri 
 - Soniah menyebut nama Muluk, menyebabkan Laiman mahu tahu tentang lelaki itu
– Pada tanggapan Laiman, Muluk bersikap aneh, berlainan daripada kawan-kawannya yang lain
– Sebenarnya, Soniah ada sesuatu yang hendak dikatakan kepada Laiman tentang Muluk – namun, dia berfikir panjang lalu menutup perkara itu
– Setelah berpisah dengan Soniah, Laiman masih teringat akan Muluk
.
Bab 3: Musibah
– Tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman dua minggu yang lepas, tiba-tiba terbakar. Laiman berada di Kuching semasa loji itu terbakar
– Sukri bimbang Laiman dituduh melakukan sabotaj
– Pengurus syarikat berasa amat marah dan bertanyakan tempat Laiman pergi
– Sukri tidak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kepada Laiman.   Kekusutan fikiran Sukri dikesan oleh isterinya, Misah tetanie Sukri tidak bercerita kepada isterinya 
– Sukri tahu bahawa Laiman pemuda yang baik – tidak mungkin Laiman membakar tangki minyak – pada fikirannya,  tentu ada orang yang mengkhianati Laiman
– Sukri menemui Laiman setelah dia balik dari Kuching
– Laiman berasa hairan  tentang kebakaran itu. Dia tidak ada kena-mengena dengan kebakaran itu
– Sukri meminta Laiman bercerita kepada pengurus

Bab 4: Hasrat
– Laiman berbual-bual dengan Soniah di sebuah restoran
– Ada seorang tua memerhatikan mereka. Laiman terfikir, mungkin orang tua itu ada firasat.
– Laiman dan Soniah bercakap-cakap tentang rancangan masing-masing
– Soniah mempunyai sikap yang hampir sama dengan Laiman iaitu usaha hendaklah dilaksanakan dengan tekun dan  manusia hendaklah memilih jalannya sendiri
– Laiman terperanjat apabila mengetahui Soniah juga mengambil bidang Kejuruteraan
– Apabila Laiman mengatakan bidang itu susah, Soniah agak tersinggung kerana dia merasakan Laiman merendah-rendahkan kemampuan wanita
– Namun begitu, perbualan mereka mesra kembali
– Apabila keluar dari restoran, barulah mereka bercakap tentang kebakaran tangki minyak
– Laiman mengatakan bahawa pengurus tidak menyalahkannya – dia memang tiada di tempat kerja, bahkan berada jauh ketika kebakaran berlaku – syarikat terpaksa menanggung kerugian
Bab 5: Pulang
– Laiman berubah setelah tamat pengajiannya dan diapulang ke kampungnya di Sabah.
Bab 6: Tentangan
– Bapa Laiman, Pak Kiassim, tidak suka Laiman bekerja di kampung terutamanya dalam bidang perladangan
 – mahu anaknya itu bekerja di pejabat dengan makan gaji
– Laiman mempunyai pandangan yang berlainan 
– Laiman selalu teringat akan Muluk yang selalu memandangnya dengan perasaan tertentu 
– hal itu dikaitkan oleh Laiman dengan kebakaran tangki minyak 
– dia mendapat tahu bahawa Muluk sudah pun ditangkapoleh polis 
– rupa-rupanya Muluk cemburu melihat Laiman dan Soniah akrab bagaikan pasangan kekasih semasa berada di Sarawak
– Milan, sepupu Laiman membawa berita bahawa Laiman ditawarkan bekerja di Jabatan Pertanian – jawatan itu sesuai dengan kelulusan Laiman
– Laiman tidak gembira – Laiman lebih suka bercakap tentang projek yang ada dalam fikirannya
– dia bercadang hendak menternak lebah madu dan ikan air tawar – tempat ternakan ikan air tawar bersebelahan dengan tanah Pak Sahok
– Milan bimbang kalau-kalau Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman melaksanakan hasratnya di situ
Bab 7: Resah
– Penolakan Laiman terhadap tawaran pekerjaan bergaji menimbulkan kemarahan bapanya, Pak Kiassim – mengatakan bahawa Laiman menolak rezeki
– Laiman mengatakan bahawa belum sampai masa untuk dia menerima tawaran seperti itu – jawapan itu tidak menyenangkan bapanya
– Apabila Laiman mengatakan bahawa dia mahu berehat, Pak Kiassim bertambah marah – mengungkitkan pengorbanan nenek dan abang Laiman
- Laiman   tidak   tahan   mendengar   leteran   bapanya   – meninggalkan rumahnya – pergi menemui sepupunya Milan
– Dalam perbualan dengan Milan, Laiman mendapati sepupunya itu berada di pihak bapanya – berasa kecewa dan berkecil hati
– Milan pandai memujuk Laiman dan berjanji akan membantunya
Bab 8: Tekad
– Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi masalah – Pak Sahok tidak mengizinkan dia menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya
– Laiman tahu bahawa tanah paya itu bukan milik Pak Sahok tetapi dia menghormati Pak Sahok
– Selagi keizinan Pak Sahok tidak diperoleh, Laiman tidak akan menggunakan kawasan paya itu
– Laiman dan Milan berbincang tentang pilihan lain
– Setelah membincangkan projek ikan, mereka beralih kepada perkara kebun tembikai – kawan Laiman dari Kota Kinabalu akan membeli tembikai yang diusahakannya
– Mereka juga berbincang tentang rancangan ternakan lebah madu 
– Milan merasakan bahawa rancangan mereka terlalu banyak dan dia bimbang kalau-kalau tidak terkawal
– Laiman mengatakan bahawa tenaga budak-budak yang gagal dalam persekolahan dapat digunakan – ibu bapa budak-budak itu akan berasa gembira kerana anak-anak mereka ada kerja
Bab 9: Pujuk
– Laiman susah hati kerana rancangan ternakan ikan air tawar masih tidak dapat dimulakan kerana  gagal memujuk Pak Sahok 
– Laiman dan Milan terus memikirkan tempat-tempat lain tetapi tiada yang sesuai
– Laiman terfikir untuk memujuk Pak Sahok lagi
– Pada sebelah malamnya, Pak Kiassim bertanyakan kemajuan Laiman 
– Laiman menunjukkan rasa dukacita, Pak Kiassim menyebutkan hal-hal yang lepas
– Laiman memberitahu bahawa Pak Sahok merupakan penghalang paling besar dan mereka tahu tanah itu memang bukan tanah Pak Sahok
– Perbualan papa anak kian menuju ke arah perdamaian
– Apabila Pak Kiassim bertanya tentang kebun tembikai, Laiman mengatakan projek itu berjaya
– Laiman terperanjat apabila Pak Kiassim mengatakan bahawa dia akan pergi memujuk Pak Sahok 

Bab 10: Harapan
– Projek tembikai Laiman berjaya – pihak jabatan pertanian tertarik – berjanji akan membantu Laiman
– Ketika pegawai pertanian bercakap tentang tembikai, fikiran Laiman masih tertumpu pada projek ternakan ikan air tawar yang menjadi keutamaannya – dia ingin mendengar keputusan rundingan antara bapanya dengan Pak Sahok
– Pak Kiassim pulang dengan wajah yang menampakkan kejayaan
– Pak Kiassim menyuruh Laiman sendiri pergi mendengar keputusan Pak Sahok
– Pak Sahok bersetuju dan dia sedar bahawa kejayaan Laiman dapat ditumpang oleh orang kampung, tua dan muda
– Sebulan kemudian, jentera pengorek tanah didatangkan oleh jabatan pertanian
– Laiman mengupah anak-anak muda bekerja untuknya
– Apabila  air  kolam  yang  baru  dikorek  itu  jernih,  Laiman melepaskan ikan ternakan yang telah dibekalkan kepadanya dan di sebelah tempat ikan itu, dia melepaskan udang harimau
– Laiman menumpukan perhatian terhadap ternakan ikan dan udang  manakala kebun tembikai diserahkan kepada bapanya untuk dijaga
– Pada masa yang sama, Soniah akan menyertai latihan sambil belajar, dihantar oleh pihak universiti
– Laiman mengetahui perkembangan Soniah sebagai pelajar universiti kerana mereka sering berhubung melalui surat
.
Bab 11: Galau
– Milan susah hati kerana Kedek dan Muali membuat keputusan akan meninggalkan projek mereka 
– Mereka dihantar oleh Laiman menjalani latihan untuk melaksanakan projek Laiman dan Milantetapi mereka mahu memulakan projek mereka sendiri
– Laiman tidak kecewa apabila mengetahui keputusan mereka
– Bagi Laiman, masalah sedemikian adalah masalah biasa – dia mendoakan mereka berjaya
– Milan berasa mereka tidak wajar berbuat begitu. Laiman menasihati Milan agar tidak berdendam 
.
Bab 12: Tabah 
– Mail, abang Laiman balik dari bandar, mereka berbual-bual
– Pak Kiassim menyuruh Laiman dan Mail ke Kampung Bawang
– Apabila ada kematian, terdapat adat berjaga tujuh hari – Laiman tidak keberatan dengan adat itu, tetapi dia tidak suka apabila orang bermain terup semasa berjaga itu
– Sebelum Mail pulang ke Kota Marudu, dia sempat bercakap tentang beberapa perkara dengan Laiman
– Mail juga meninjau kolam ternakan ikan air tawar
– Pesanan penting daripada Mail ialah Laiman perlu bekerja dengan bersungguh-sungguh dan tidal mempedulikan cemuhan orang kampung

Bab 13: Lumayan
– Laiman  berniaga  kuih di Gerai  Pitas  kerana urusan kolam ternakan ikan tidak banyak , lagipun urusan itu telah diserahkan kepada seorang pemuda kampung 
– Laiman berfikir tentang apa-apa sahaja yang dapat menghasilkan pendapatan – dia membeli pisang dan kelapa dan  menjualnya kepada kawannya di Kota Kinabalu
– Milan dan Laiman saling mempercayai .Laiman menunjukkan akaun simpanan mereka 
– Laiman berjanji, apabila wang simpanan sudah cukup , wang itu akan dibahagikan sama rata
– Wang simpanan mereka menjangkau RM10,000.00. Laiman bercadang hendak membeli lori.
Bab 14: Sinar
- Laiman memilih untuk bercucuk tanam sebagai kerja sambilan
– dia tidak risau kerana kolam ikannya akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi
– Laiman dan Milan memikirkan pembelian sebuah lori
– Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana menyokong usahanya
– Pak Sahok berasa agak malu kerana pada mulanya tidak menyokong projek Laiman
– Bagi Laiman, projek ternakan ikan air tawar bukanlah satu-satunya projek usahanya
– mujurlah dia menjadi peraih pisang, kelapa, dan produk-produk lain yang dapat mendatangkan hasil
– Lori yang dibeli oleh Laiman itu berharga RM13 000, tetapi Laiman membayar RM7000 dahulu, bakinya akan dibayar secara ansuran tiap-tiap bulan
– Dengan adanya lori, Laiman mudah pergi ke kawasan-kawasan yang jauh di kampung itu untuk mendapatkan barang-barang.
Bab 15: Impian Terlaksana
– Laiman berjaya sebagai penternak ikan air tawar, pemilik kedai makan, dan pemborong kelapa
– Orang kampung memujinya dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian selalu mengunjungi projeknya
– Laiman menjadi contoh kepada anak-anak muda
– Dia memberikan tunjuk ajar kepada Kedek dan Muali yang meninggalkannya
– Laiman mendapat tahu bahawa Soniah  akan berpindah ke Kota Kinabalu kerana membantu menguruskan syarikat bapa saudaranya
– Laiman berharap Soniah datang kerana dia merindui gadis itu
– Ketika Laiman sedang termenung memikirkan Soniah, Milan datang – membawa surat dari Jabatan Pertanian
– Laiman berasa terperanjat kerana surat  itu  menyatakan  bahawa  projek  ikan  air  tawar  yang diusahakannya  akan  dijadikan  projek  contoh  di  daerah  itu
– ada kemungkinan projek itu akan diperbesar dan menjadi projek terbesar di Sabah


Sinopsis Keseluruhan

Sinopsis
                       Laiman dari Sabah dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Dia dihantar ke syarikat minyak Shell di Sarawak untuk menjalani latihan praktikal. Laiman bekerja sungguh-sungguh, tetapi impiannya lain. Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan Soniah. Hal ini menimbulkan rasa cemburu Muluk. Ketika Laiman pergi ke Kuching, tangki minyak Shell terbakar. Pengurus syarikat mengesyaki Laiman. tetapi akhirnya percaya Laiman tidak bersalah. Setelah tamat belajar, Laiman balik ke kampungnya. Apabila mendapat tawaran untuk bekerja di Jabatan Pertanian, Laiman menolaknya. Tindakannya menimbulkan rasa hairan sepupunya Milan dan kemarahan ayahnya, Pak Kiassim. Pak Kiassim yakin bahawa bekerja makan gaji adalah yang terbaik bagi lulusan universiti. Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek ternakan lebah madu dan ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk membuat projek ternakan ikan air tawar di tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok. Di samping itu, dia menanam tembikai. Laiman dan Milan bersama-sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok, tetapi tidak diizinkannya. Apabila tanaman tembikai ada kemajuan. Laiman masih memikirkan projek lain, iaitu kebun limau dan kelapa. Projeknya dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam persekolahan. Pak Kiassim melihat kejayaan Laiman dalam penanaman tembikai, dia pun berunding dengan Pak Sahok dan Pak Sahok bersetuju.Laiman pun memulakan projek ternakan ikan air tawar dan  udang harimau. Laiman menyerahkan urusan kebun tembikai kepada ayahnya. Dua orang anak muda iaitu Kedek dan Muali yang dilatih Laiman, meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri. Laiman tidak kecewa. Kejayaan Laiman menyebabkan Jabatan Pertanian berjanji untuk memperbesar perusahaan ternakan ikan air tawarnya. Ketika itu, Laiman teringat akan Soniah, gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di Sarawak dulu.

Comments

  1. saya cikgu Mastura.. minta kebenaran kongsi dengan murid saya. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih cikgu krana memberi maklumat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu