Sayangi Bahasa Kita
Sayangi Bahasa Kita(Buku Teks ms54)
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan.
- Apakah itu pencemaran bahasa?
- Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka :penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.
- Dengan erti kata lain penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma penggunaan sebenar bahasa tersebut dalam masyarakat penuturnya.
- Kini, pencemaran bahasa Bahasa Melayu semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak muda terutamanya pelajar.
- Ini memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri dan yang paling ketara menyebabkan mutu bahasa merosot.
Antara ciri pencemaran bahasa ialah :
1) Mengutamakan penggunaan bahasa asing atau bahasa ibunda.
2) Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu.
3) Kesalahan ejaan.
4) Pemilihan kosa kata yang kurang tepat.
5) Mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dan sebagainya.
1) Mengutamakan penggunaan bahasa asing atau bahasa ibunda.
2) Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu.
3) Kesalahan ejaan.
4) Pemilihan kosa kata yang kurang tepat.
5) Mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dan sebagainya.
Penggunaan Bahasa Melayu kini banyak mengalami fenomena pencemaran bahasa akibat pelbagai faktor luaran seperti bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa asing dan bahasa pijin.
Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Malaysia dengan bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris
• Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya ialah “dorang”, "kitorang", “glamour”, “line-up”, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.
• Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
· Kau memang terror (hebat) la!
· Tempat makan ni best (bagus) sangat!
• Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)
· Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
· Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bereskan) punya maa!
· Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
bahasa slanga Kamus Dewan, slanga didefinisikan sebagai “kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja seperti kacang je (mudah sahaja), ayam (gadis) dan cun (cantik), tapau(bungkus), kautim(selesaikan)
bahasa pijin wujud dalam bentuk bahasa pasar iaitu bahasa yang digunakan antara orang Melayu dengan orang-orang yang berlainan kaum seperti “Saya boleh ajar apa macam mau jaga itu budak.” Penggunaan bahasa-bahasa seperti ini akan merendahkan martabat Bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan berdasarkan tatabahasa yang betul dan tepat. Di sini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.
1) ‘Lu mau apa’ ( Melayu dan Cina )
2) ‘Ini balang manyak mulah’ ( Melayu dan Cina )
3) ‘Kalau lu talak mau ini balang, lu boleh tolak sama gua’. ( Melayu dan Cina )
4) ‘Itula, lu tak mau ikut gua pindah. Sikalang sutat susah’.( Melayu dan Cina )
5) ‘Saya Jalan Hussein juga dudo’ ( Melayu dan India )
Faktor punca kepada permasalahan ini adalah kecanggihan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat khususnya penggunaan telefon bimbit secara berleluasa.
- Penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang cepat dan menjimatkan,
- Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan.
- Tujuan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar.
- Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kadang ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu,
- Contohnya “Nxt week blk umah tak?” Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran bahasa.
Kesan Pencemaran Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat hari ini:
1. bahasa ini akan menjadi sebati dengan jiwa individu tersebut kerana digunakan setiap hari oleh pelajar dalam hidup mereka
2. keliru dengan penggunaan bahasa yang betul.
3. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah
4. kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.
5. Dalam bidang pentadbiran : akan menyebabkan mutu Bahasa Malaysia sama ada lisan atau tulisan merosot.
Comments
Post a Comment