Binaan Frasa Adjektif

Srikandi Sastera Negara (Buku Teks ms58)
Binaan Frasa Adjektif
  • Frasa  adjektif boleh  terdiri  daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. 
  • Contoh:
Kata Bantu
Penguat
Kata Adjektif
Penguat
-
sangat
pandai
sekali
sudah
-
besar
-
masih
-
kecil
amat

  • Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. 
  • Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:

(i) binaan satu perkataan
(ii) binaan dua perkataan


Binaan Satu Perkataan
  • Binaan initerdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas,dan selainnya seperti contoh-contoh di bawah:
1.Pelayan kedai Pak Abu rajin. 
2.Kawan-kawan Ahmad cerdik. 
3.Adiknya sangat cergas.
4.Warna kulit buku saya merah.
  • Contoh-contoh di atas ialah contoh-contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan-perkataan tanpa imbuhan. 
  • Kata adjektif boleh juga terdiri daripada perkataan- perkataan berimbuhan, misalnya: sepandai, kemerah-merahan,terbaik, keinggeris-inggerisan, setinggi
  • Contoh:
1.  Aminah tidak sepandaiadiknya. 
2.  Dalam darjah ini markah Husinlah yang terbaik. 
3.  Langitkemerah-merahanpada waktu senja. 
4.   Gaya pertuturannya agak keinggeris-inggerisan. 
5.  Bangunan ini tidak setinggibangunan itu.


 Binaan Dua Perkataan
  • Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu:
(i) Kata Adjektif + Kata Adjektif 

  • Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada:
(a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya:
1.riang gembira
2. letih lesu 
3.cantik molek 
4.lemak manis 
5.gagah berani
6. penat lelah 
7.kurus kering

(b) Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan, contohnya:

1.tinggi rendah 
2.pahit manis 
3.baik buruk 
4.tua muda 
5.kecil besar
6. miskin kaya

(c) Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya:
1.tinggi lampai
2. gemuk gedempol
3. kaya raya
(ii) Kata Adjektif + Kata Nama

  • Binaan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif+ kata nama terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya.
  •  Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada:
(a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan:
1.merah jambu
2. hijau daun 
3.biru laut 
4.kuning langsat
5. jinak-jinak merpati
6. muda remaja
(b) Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan:
1.Panjang  tangan
2. besar kepala 
3.ringan tulang 
4.terang hati 
5.rabun ayam 
6.buta huruf 
7.terang tanah
8. banyak mulut 
9.tua keladi

10.            lancang mulu

Comments

Popular posts from this blog

Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu