Posts

Showing posts from March, 2020

Kata Bantu

TATABAHASA: KATA BANTU (Buku Teks ms 46) Kata bantu hadir sebelum kata kerja Kata Bantu dibahagi kepada dua jenis:  1. Kata Bantu Aspek  ·        menerangkan  perbuatan dari segi masa.             Contoh: sudah, telah, pernah, sedang, masih, belum, akan             sudah makan , sedang makan , belum makan  ·        Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.             Contoh:     belum pernah, masih belum , telah pernah ,                            sudah pernah  2.     Kata Bantu Ragam  ·      ...

Pendahuluan Karangan

Pendahuluan Karangan : Maruah Diri Mutiara Berharga  (Buku Teks ms 44)  Tajuk Karangan: Kepentingan Menjaga Maruah Diri Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh                  Sebagai manusia, kita harus menjaga maruah kita pada setiap masa. Kata Prof Dr. Muhaya binti Haji Mohamad,  “Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita, perkataan kita dan tindakan kita. Lihat, bagaimana hidup kita berubah.” Di sini jelaslah bahawa maruah kita harus dijaga melalui tindak-tanduk kita. Menurut Hamka, walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh. Hidup kita akan berubah menjadi lebih baik kalau kita betul-betul mementingkan maruah diri kita. Pendahuluan Jenis Peribahasa                           Sebagai manusia, kita harus menjaga maruah kita...

Kajian Elemen Komsas dalam Novel Jalan ke Puncak

Tema Perjuangan anak muda  dalam menempa kejayaan sebagai usahawan muda Persoalan 1. perjuangan  untuk  mengubah nasib diri dan masyarakat 2. Kemiskinan menjadi batu penghalang dalam mengejar impian 3. Perasaan cemburu dan dendam yang membawa   padah 4. Pemikiran konservatif masyarakat terhadap sektor pertanian 5.  Ketabahan menghadapi dugaan hidup 6. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi 7. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga 8. Semangat setia kawan   WATAK dan PERWATAKAN Laiman anak Pak Kiassim. abang bernama Mail dan adik  Jariah. berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Menjalani latihan praktikal di syarikat minyak Sarawak. Mengusahakan projek penternakan akan air tawar dan penternakan  lebah madu. Berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang dan kelapa Bercita-cita tinggi Tabah dan berani       Berdikari Taat akan perintah agama Jujur Cinta...

Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Sinopsis  Bab  demi Bab Bab 1: Bagaikan Mimpi – Laiman dari Sabah, menjalani latihan  praktikal di sebuah syarikat minyak  di Sarawak – mengikuti bidang Kejuruteraan di universiti – Di situ dia berkawan baik dengan Sukri – bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti – Jika ada tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, Laiman tidak akan menerimanya dengan cepat – Sukri hairan memikirkan sikap Laiman – kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat – Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin – pemuda itu belajar di universiti hingga tamat – membuka perniagaan kereta terpakai – ejen import eksport – mengusahakan hotel – menjadi jutawan – Dalam bidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sebagai contoh – Laiman tahu bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi, berjaya dalam hidup – pemuda itu bekerja di bengkel kereta m...