Kata Bantu
TATABAHASA: KATA BANTU (Buku Teks ms 46)
Kata bantu hadir sebelum kata kerja
Kata Bantu dibahagi kepada dua jenis:
1.Kata Bantu Aspek
· menerangkan perbuatan dari segi masa.
Contoh: sudah, telah, pernah, sedang, masih, belum, akan
sudah makan , sedang makan , belum makan
· Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh: belum pernah, masih belum , telah pernah ,
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam
· menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.
Contoh: mesti, harus, hendak, mahu, boleh, dapat
mesti menggunakan, hendak menggunakan
· Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama dengan kata bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.
Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
· sedang hendak
· masih belum
· belum boleh
· belum hendak
· akan dapat
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
· harus sudah
· harus telah
· mesti akan
· mesti sudah
· mesti telah
Comments
Post a Comment