Kajian Elemen Komsas dalam Novel Jalan ke Puncak

Tema
Perjuangan anak muda dalam menempa kejayaan sebagai usahawan muda
Persoalan
1. perjuangan untuk mengubah nasib diri dan masyarakat
2. Kemiskinan menjadi batu penghalang dalam mengejar impian
3. Perasaan cemburu dan dendam yang membawa   padah
4. Pemikiran konservatif masyarakat terhadap sektor pertanian
5. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
6. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi
7. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
8. Semangat setia kawan

 WATAK dan PERWATAKAN
Laiman
  • anak Pak Kiassim.
  • abang bernama Mail dan adik  Jariah.
  • berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
  • Menjalani latihan praktikal di syarikat minyak Sarawak.
  • Mengusahakan projek penternakan akan air tawar dan penternakan lebah madu.
  • Berkebun tembikai, berniaga kuih, pisang dan kelapa
  • Bercita-cita tinggi
  • Tabah dan berani      
  • Berdikari
  • Taat akan perintah agama
  • Jujur
  • Cinta akan ilmu

Pak Kiassim
  • Bapa kepada Laiman
  • petani
  • Tidak bersetuju  Laiman ingin menjadi petani moden di kampung
  • meyesali tindakannya kern tidal memahami anaknya Laiman yang bercita-cita tinggi
  • Berbangga atas kejayaan Laiman akhirya

Pak Sahok
  • Memiliki tanah dekat dengan tanah paya.
  • Bertani.
  •  Keras hati.

Milan
  • Sepupu Laiman dan juga rakan kongsi Laiman
  • tidak berpendidikan tinggi
  • Rajin bekerja
  • Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

Soniah
  • Kawan baik Laiman semasa di Sarawak.
  • berketurunan Melanau
  • Belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, sama seperti Laiman.
  • Bersemangat kental.

Sukri
  • Bekerja di syarikat minyak di Sarawak.
  • Rapat baik Laiman  di syarikat minyak di Sarawak.
  • Tidak percaya bahawa Laiman membakar tangki minyak dan  membela Laiman.

Muluk
  • cemburu.
  • berdendam

BINAAN PLOT


(a)   Permulaan 
Laiman , mahasiswa than tiga jurusan kejuruteraan. Dia menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak. Laiman melakukan tugas yang diberikan kepadanya dengan sebaik-baiknya. Dia bertanggungjawab dan  disenangi oleh pengurus dan rakan sejawatnya. Laiman tidak ingin terus bekerja di syarikat minyak selepas tamat latihan praktikalnya.
(b)   Perkembangan 
Tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman terbakar ketika dia tidak ada di situ. Dia di Kuching. Laiman berasa tidak senang hati. Kes ini akhirnya selesai dengan penangkapan Muluk. Muluk berdendam terhadap Laiman yang mempunyai hubungan baik dengan Soniah. Disebabkan cemburu dia melakukan perbuatan yang membawa padah kepada diri. Selepas tamat pengajian, Laiman balik ke kampung.
(c)   Perumitan/Konflik 
Bapa Laiman, Pak Kiassim memarahi Laiman kerana menolak pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan. Pak Kiassim menentang hasrat Laiman yang ingin mengusahakan kebun tembikai dan membuat projek penternakan ikan. Pak Sahok pula enggan memberikan kerjasama kepada Laiman.
(d)   Klimaks 

Disebabkan banyak bantahan, Laiman hampir putus asa. Pak Sahok masih berkeras  walaupun dipujuk banyak kali. Atas kejayaan penanaman tembikai, Pak Kiassim akhirnya bersetuju untuk memujuk Pak Sahok. Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah paya di sebelah tanahnya digunakan untuk projek ternakan ikan air tawar dan dag harimau. Keizinan itu menyebabkan Laiman dan kawan-kawannya bekerja keras. 

(e)   Peleraian
Projek Laiman menjadi projek contoh dan akan dibesarkan dengan bantuan Jabatan Pertanian Sabah.

Teknik Plot
(a)   Teknik pemerian 
Contoh : pengarang memerihalkan pembelian lori oleh Laiman setelah dia mempunyai simpanan yang cukup
(b)   Teknik dialog. 
Contoh : Laiman dan Milan cuba memujuk Pak Sahok membenarkan mereka mengusahakan projek ternakan  ikan air tawar di tanah paya di sebelah tanah Pak Sahok.
(c)   Teknik saspens. 
Contoh : pembaca tertanya-tanya orang yang membakar loji minyak.
(d)   Teknik kejutan. 
Contoh : pembaca terkejut apabila Pak Sahok membenarkan Laiman menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya setelah Pak Kiassim memujuknya.
(e)  Imbas Kembali
Contoh : Laiman terkenang akan kejadian kebakaran loji minyak di Sarawak semasa berada di kampung
Gaya Bahasa
(a)   Simile. 
Contoh : tumpah bagaikan air hujan, 
               merah padam seperti udang dibakar, 
                nasib manusia bagai menanam benih

(b)   Peribahasa. 
Contoh: selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya; 
              nasi sudah menjadi bubur; 
              mencontengkan arang ke muka
              lempar batu sembunyi tangan

(c)   Personifikasi. 
Contoh : 
Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega
Tangannya lancar berlari di atas tikar yang sudah separuh dianyamnya sejak sebulan lalu

(d)   Sinkope
Contoh: kau,nak,tak,saja, ni

(e)  Metafora
Contoh : embun jantan
               gedung ileum
               kenangan luka
            


Latar

Latar Temuta
  • Syarikat minyak di tepi pantai, Sarawak
  • rumah Laiman
  • Kebun tembikai
  • Tanah paya
  • Bandar Kuching
  • Bandar Miri
  • Kota Marudu.
  • rumah Milan
  • Pekan Lutong
  • Kalumpang
  • Kusilad, Kota Kinabalu

Latar Masa
  • Waktu siang
  • Waktu malam
  •  Waktu lampau
  • enam bulan

Latar Masyarakat
  • Masyarakat yang berdikari dan tabah menghadapi cabaran
  • Masyarakat yang miskin dan sederhana
  • Masyarakat kampung yang berfikiran cetek
  • Masyarakat  ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak
  • Masyarakat yang taat akan perintah agama.


Nilai
(a)   Kasih sayang
Contoh : nenek Laiman sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan Laiman mendapat pendidikan tinggi.
(b)   Ketabahan
Contoh : Laiman tabah menghadapi segala dugaan untuk mencapai cita-citanya.
(c)   bertanggungjawab 
Contoh: Sukri menyelia pekerjaan Laiman dengan penuh tanggungjawab semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat minyak.
(d)   Baik hati
Contoh: Laiman tidak  marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya meninggalkan projeknya.
(e)   Keinsafan. 
Contoh: bapa Laiman, Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman dan melihat usaha Laiman sedikit sebanyak membuahkan hasil
Pengajaran
(a)   Kita hendaklah gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.
(b)   Kita hendaklah bertanggungjawab dalam segala tugas yang diberikan. 
(c)   Kita hendaklah bersikap jujur terhadap  rakan sekerja. 
(d)   Kita hendaklah tabah menghadapi segala dogana hidup.
(e)   Kita harus berani menghadapi risiko untuk mencapai kejayaan hidup
(f)    Kita hendaklah berdikari untuk berjaya dalam hidup


Comments

Popular posts from this blog

Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu