Kata Bilangan

 KATA BILANGAN

 

1.   Maksud:

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.

 

2.   Jenis Kata bilangan

      

Jenis Kata Bilangan

Contohnya

Kata bilangan tentu

1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.

2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan

Satu, dua, tiga, dan seterusnya 

Contoh ayat: Dua ekor kambing.

Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)

Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, semua. 

Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan pecahan.

(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)

Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.

Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tingkatan dua yang menghadiri majlis itu.

Kata bilangan pisahan.

(Menunjukkan bilangan yang berpisah)

Setiap, tiap-tiap.

Contoh ayat: Setiap murid dikehendaki membayar yuran komputer dengan segera.

Kata bilangan himpunan.

(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)

Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.

Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tingkat.

(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)

Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.

Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga dalam peraduan lukisan.

 

3.   Kesalahan Kata Bilangan:

      a.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.

1. Tiga motosikalitu berjenama Honda.

2. Dua ribu telur ayamtelah direbus untuk majlis kenduri.

3.Seratus calontelah menghadiri seminar peperiksaan SPM.

 

b.  Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).

 

4.Tiga puluh meja-mejadi dalam bilik darjah kami telah rosak.

5. Empat pekerja-pekerjakilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

6. Lapan ratus pelancong-pelancongasing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.

 

c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu 

kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa. 

7. Amran membeli beberapa buku cerita.

8. Para orang peniagadi pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.

9. Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.


d.  Menggandakan kata nama konkrit yang 


dibilang dengan kata bilangan tak tentu.

10. Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.

11. Semua surat-surat telah dihantar kepada para tetamu.

12. Sebahagian  pekerja-pekerjaasing masuk ke negara ini secara haram.

 e.  Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.

13. Kedua buah pulaudi negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.

14. Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?

 15. Berbagai isu-isudibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

 

f.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.

16.Ketiga-tiga anakPak Halim menuntut di luar negara.

17. Beratus-ratus satedihidangkan untuk pelancong dari Jepun.

18.Beribu-ribu cakera padattiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

 

g.  Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.

19.Para-para petugasdi pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.

 

*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu. 

 

h.  Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.

20.Berbagai acaradiadakan dalam karnival jualan murah.

21. Tiappelangganyang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.

 

i.Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan  untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.

Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.

22. Peserta pertandingan pidato diberi masa lima buah minitsahaja.

23.Beberapa buah bahagianrumah pangsa itu telah retak.

24.Tiga orang mayatmangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.

      

      j.   Kata bilangan tentu tidak boleh 

           didekatkan dengan kata bilangan.

         25. Harga daging itu lapan setengah 

         ringgitsahaja.


         26 Saya menunggu awak sudah dua

         setengah jam.

Comments

Popular posts from this blog

Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu