Panduan Menulis Perenggan Kesimpulan

PANDUAN MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN:

Komponen dalam perenggan kesimpulan:
1. Penanda wacana:
(a)    Sebagai intiha/Intihanya 
(b)    Akhirnya 
(c)    Sudah terang lagi bersuluh 
        bahawa… 
(d)   Bulan semakin terang, bayang kian 
        jelas bahawa…
(e)   Secara tuntasnya/Tuntasnya
(f)    Sebagai konklusinya/Konklusinya
(g)   Berdasarkan cambahan minda di 
       atas, konklusi yang dapat
      dibuat ialah sukar untuk menafikan
      bahawa
(h)  Sebagai penghias bicara akhir,
(i)   Secara keseluruhan,
(j)   Secara total, 
(k)  Kesimpulannya,
(l)   Natijahnya
(m) Ringkasnya
(n)  Sebagai penutup kata pemanis bicara,

2. Rumusan isi secara umum
·      Masukkankata kunci seperti punca / kesan / langkah+ tema/tajuk karangan

Contoh: 
beberapa langkah(kata kunci) dapat diimplementasikan oleh ibu bapa untuk mewujudkan keluarga bahagia(tema/tajuk)

3. Cadangan
Contoh perkataan:perlulah / hendaklah
                             / haruslah / seyogianya
Contoh: 
Ibu bapaharuslah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjadi suri teladan kepada anak-anak agar dapat dicontohi oleh mereka.

4. Harapan
Contoh:
Komitmen padu ibu bapa untuk melahirkan keluarga bahagia diharapkandapat membawa perubahan kepada individu, masyarakat bahkan negara.

Perenggan Kesimpulan yang lengkap:

Tajuk: Keluarga Bahagia

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah dapat diimplementasikan oleh ibu bapa untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Ibu bapaseyogianya bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjadi suri teladan kepada anak-anak agar dapat dicontohi oleh mereka.  Komitmen padu ibu bapa untuk melahirkan keluarga bahagia diharapkandapat membawa perubahan kepada individu, masyarakat bahkan negara.

CONTOH 1 -  Punca masalah disiplin remaja


Penanda Wacana
Secara tuntasnya,
Rumusan isi secara umum
banyak puncayang menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan remaja di negara kita.
Cadangan
Oleh itu, semua pihak haruslahbekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini.
Harapan
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara . Ketinggian dan keutuhan akhlak remaja diharapkandapat memacu negara ke arah kecemerlangan.
             ,.

CONTOH 2 - Peranan ibu bapa untuk mendidik anak menjaga kebersihan
Penanda Wacana
Sebagai penutup kata pemanis bicara,
Rumusan isi secara umum
jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk mendidik anak-anak menjaga kebersihan.
Cadangan
Ibu bapa seharusnyamenjadi suri teladan anak
Harapan
agarmereka dapat melahirkan  negara yang maju berakarkan masyarakat yang sihat dan cergas. 


  
CONTOH 3:  Langkah-langkah untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia
Penanda Wacana
Natijahnya,
Rumusan isi secara umum
dapatlah kita katakan bahawa semua pihak memainkan peranan yang sama penting untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia.
Cadangan
Kerjasama yang erat semua pihak perlu wujud untuk memastikan kejayaannya dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga dalam setiap usaha.
Harapan
Diharapkanusaha-usaha yang dijalankan akan meningkatkan martabat Malaysia di persada antarabangsa.


 


Contoh 4: Gejala lepak dalam kalangan remaja punca kurangnya pengawasan ibu bapa. 
Penanda Wacana
Ringkasnya,
Rumusan isi secara umum
kekurangan pengawasan dan sikap ketidakprihatinan ibu bapa terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak menjadi penyebab gejala lepak kian memuncak.
Cadangan
Dengan demikian, ibu bapa perlusentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan.
Harapan
Diharapkansemua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian agar gejala ini dapat diatasi dengan mudah. 


Contoh 5 : Cara-cara Membantu Insan Istimewa (Buku Teks ms 49)

Contoh A

Penanda Wacana
Natijahnya,
Rumusan isi secara umum
semua pihak bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada insan istimewa.
Cadangan
Kita haruslah  memanfaatkan pelbagai sumber dan cara untuk membantu insan istimewa
Harapan
dengan harapankesejahteraan tercapai dalam hidup golongan yang kurang bernasib baik ini.



Contoh B
  
Penanda Wacana
Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa
Rumusan isi secara umum
insan istimewa memerlukan bantuan semua pihak dalam pelbagai hal.
Cadangan
Kita perlulahbersinergi bagai aur dengan tebing untuk memikirkan cara-cara untuk membantu mereka
Harapan
agar mereka hidup sejahtera dan bermaruah.


 Latihan
Hasilkan dua perenggan kesimpulan yang berbeza dengan tajuk
Penyakit Covid-19 dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu