Kata Penegas

Kata Penegas (Buku Teks m.s46)

1. 
Kata penegas atau partikel ialah kata yang digunakan untuk memberi penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Contoh:
a) -kah
b) -tah
c) -lah
d) juga/jua
e) pun
f) sahaja
g) lagi
h) hanya
i) memangKata penegas -kah-tah dan -lah hadir sebagai penegas frasa predikat hanya apabila bahagian-bahagian ayat yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Kata-kata penegas ini mestilah digandingkan atau dirangkaikan dengan perkataan atau frasa yang ditegaskan.

Kata penegas juga atau juapunsahajalagihanya dan memang bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat sama ada dalam subjek atau predikat. Kata-kata penegas ini mestilah ditulis berasingan atau dijarakkan dari perkataan atau frasa yang ditegaskan.

2. 
a) Kata penegas juga dan jua saling berganti yang digunakan untuk menekankan atau menegaskan perkataan yang mendahuluinya dalam ayat penyata.
b) Kata-kata penegas ini boleh hadir di tengah dan di belakang ayat.
c) Kata penegas juga atau jua tidak boleh hadir di hadapan ayat.

Contoh 1(menunjukkan 'keadaan yang sama' atau 'serupa')
i. Mereka juga ingin makan di kantin.
ii. Kalau ibu pergi ke pékan, saya hendak mengikut juga.

Salah jika:

i.  Juga mereka ingin makan di kantin
ii. Juga saya hendak mengikut kalau ibu pergi ke pekan.

Contoh 2(menunjukkan 'perbuatan yang berterusan' atau 'tidak berhenti-henti')

i. Pemain-pemain itu terus bermain jua di padang walaupun hujan lebat.
ii. Walaupun dilarang oleh cikgu, Mariam tetap mahu keluar juga.

Contoh 3(menunjukkan 'perbuatan yang berulang-ulang')

i.   Pagi tadi dia enggan bekerja dan sekarang dia juga  tidak bekerja.
ii. Sudah sebulan dia menunggu kepulangan suaminya dan hari ini dia  juga  menunggu.

Contoh 4(menunjukkan 'agaknya' atau 'tidak seberapa' atau 'tidak sebegitu')

i.   Abang Aziz tinggi juga tetapi tidaklah setampan abang Salleh.
ii.  Rumah saudara saya mahal juga harganya tetapi tidak semahal banglo ini.

Contoh 5(menunjukkan 'ketidaktentuan' atau 'sebarang')

i.  Apa-apa jua tindakan polis adalah untuk keselamatan kita.
ii. Dia tentu membawa anak bongsunya ke mana-mana juga dia pergi.
iii. Sesiapa juga tidak dibenarkan melanggar peraturan sekolah

3. 
a) Kata penegas hanya digunakan untuk memberi penekanan atau penegasan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat yang membawa maksud 'cuma', 'sahaja', 'tidak lebih daripada' atau 'sekadar' dan 'kecuali/melainkan'.
b) Boleh hadir di hadapan dan di tengah ayat.
c) Tidak boleh hadir di belakang ayat.

Contoh 1(menunjukkan 'cuma' atau 'sahaja')

i. Hanya Ah Jin  yang ketinggalan kelas tadi.
ii. Dia  hanya  bermalam di rumah saya dua hari.

Contoh 2(membawa maksud 'tidak lebih daripada' atau 'sekadar')

i.    Ibu hanya tersenyum apabila saya memberitahu keputusan peperiksaan saya.
ii.   Pak Kasim hanya menjual surat khabar untuk mencari nafkah hidup.

Contoh 3(membawa maksud 'kecuali' atau 'melainkan')

i.  Mereka akan melawat Pulau Pinang, hanya Zain yang tidak mahu pergi.
ii. Klinik Doktor Azizah dibuka setiap hari dan hanya ditutup pada hari Ahad.

d) Kata penegas hanya tidak boleh hadir bersama-sama kata penegas sahaja dalam satu ayat.

Contohnya:

Hanya Cikgu Lim  sahaja yang tidak sempat menghadiri mesyuarat tergempar tadi.

Sepatutnya:

Hanya Cikgu Lim yang tidak sempat menghadiri mesyuarat tergempar tadi.
Cikgu Lim  sahaja yang tidak sempat menghadiri mesyuarat tergempar tadi.

4. 
a) Kata penegas -kah-tah dan -lah boleh hadir di hadapan ayat tetapi tidak boleh hadir di belakang ayat. Ditulis bergandingan atau dirangkaikan dengan perkataan yang ditekankan atau ditegaskan.
b) Kata penegas juga dan jua boleh hadir di tengah atau di belakang ayat dan tidak boleh hadir di hadapan ayat.
c) Kata penegas juga saling bergantian dengan kata penegas jua. Kata penegas sahaja saling bergantian dengan kata penegas hanya dalam satu ayat.
d) Kata penegas sahaja dan lagi boleh hadir di tengah dan di belakang ayat tetapi tidak boleh hadir di hadapan ayat.
e) Kata penegas hanya dan memang boleh hadir di hadapan dan di tengah ayat tetapi tidak boleh hadir di belakang ayat.
f) Kata penegas pun boleh hadir di tengah ayat sahaja dan tidak boleh hadir di hadapanatau di belakang ayat.
g) Kata penegas jugajuapunsahajahanyalagi dan memang mesti ditulis berasinganatau dijarakkan dari perkataan atau bahagian ayat yang ditegaskan.
h) Kata penegas pun mesti ditulis bergandingan atau dirangkaikan dengan perkataan sebelumnya apabila membentuk kata hubung dan penanda wacana.
  •  Contoh Kata Hubung: biarpun, kendatipun, meskipun, sungguhpun, walaupun
  • Contoh Penanda Wacana: lagipun, sungguhpun begitu, sungguhpun demikian, walaupun demikian, walau bagaimanapun, biarpun begitu,

Comments

Popular posts from this blog

Jalan ke Puncak :Sinopsis Bab

Karangan: Kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara

Ringkasan : Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu