Kata Arah
KATA ARAH (Buku Teks ms 46)
· Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah.
· Kata arah didahului oleh kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama.
Kata Arah
|
Ayat Contoh
|
antara
|
Penyapu itu terletak di antara dua buah almari di dalam kelas.
|
atas
|
Makanan yang enak itu dihidangkan di atas meja.
|
barat
|
Pulau Pinang dan Perak terletak di barat Semenanjung Malaysia.
|
bawah
|
Amin meletakkan beg sekolahnya di bawah meja.
|
belakang
|
Di belakang rumah saya ada sebidang tanah yang luas.
|
dalam
|
Ibu menyimpan buah-buahan yang dibeli ke dalam peti sejuk.
|
hadapan
|
Murid-murid yang beratur di hadapan akan masuk ke makmal sains dahulu
|
hujung
|
Murid yang duduk di hujung kelas tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
|
luar
|
Kakak dirompak di luar kedai farmasi .
|
penjuru
|
Pasu bunga itu sesuai diletak di penjuru ruang tamu.
|
pinggir
|
Nelayan-nelayan yang baru balik dari laut berehat di pinggir pantai.
|
samping
|
Dia duduk di samping ayahnya semasa bermanja dengan ayah.
|
Sebelah
|
Sekolah saya terletak di sebelah taman perumahan Sri Rambai.
|
seberang
|
Orang yang berdiri di seberang jalan itu adik Haidi.
|
segi
|
Kata haruslah melihat wanita itu dari segi latar belakang keluarganya dahulu.
|
selatan
|
Perompak-perompak itu telah berlari kea rah selatan selatan Kampung Hijau.
|
selekoh
|
Kemalangan itu berlaku di selekoh itu.
|
sisi
|
Isteri Wen Liang tidak dapat berada di sisinya ketika dia meninggal dunia.
|
sudut
|
Ruang itu akan dijadikan sudut bacaan.
|
tengah
|
Nampaknya ada murid masih bermain di tengah padang walaupun hujan turun dengan lebat.
|
tepi
|
Gerai buah-buahan di tepi jalan itu telah dihalau oleh pihak berkuasa.
|
timur
|
Para ahli pengakap sedang mencari arah ke timur untuk keluar dari hutan.
|
utara
|
Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia.
|
Comments
Post a Comment