Kata Bilangan
KATA BILANGAN 1. Maksud: Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara. 2. Jenis Kata bilangan Jenis Kata Bilangan Contohnya Kata bilangan tentu 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat: Dua ekor kambing. Kata bilangan tak tentu . (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu) Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, semua. Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan. Kata bilangan pecahan . (Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan) Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya. Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tingkatan dua yang menghadiri majlis itu. Kata bilangan pisahan . (Menunjukkan bilangan yang berpisah) Setiap, tiap-tiap. Contoh ayat: Setiap murid dikehendaki membayar yuran komputer dengan segera. Kata b...